Quantcast
Channel: Koleksi Cerpen & Novel Online » Rehan Makhtar
Viewing all 51 articles
Browse latest View live

Novel : Suami Tak Kuhadap 2

$
0
0
Oleh : Rehan Makhtar BAB 2 JELINGAN Faez langsung tidak ku hiraukan. Dia tenang menghampiri keretanya namun resah perasaannya itu dapat kukesan jua. Bibir itu nampak bergetar hendak menuturkan sesuatu namun sayang bila dia telan saja akhirnya lalu dia kembali menatap bumi yang dilitupi tar hitam. “Aez nak cakap, kan? Sila cakap!” Suruhku agak tegas. [...]

Cerpen : Cinta Bukan Milik Kita

$
0
0
Oleh : Rehan Makhtar HARI ni rasa sepi tanpa teman-teman yang rata-ratanya berkursus dan keluar daerah. Menghadapi makan tengah hari sendiri rasanya tak mampu hendak kutelan. Tersekat dikerongkong. Hilang selera. Sudahnya, nasi dipinggan aku kuis dengan sudu dan garpu saja. Mengeluh sana sini ditimpa kebosanan. Akhirnya, aku cuba angkat tubuh hendak berlalu namun, belum sempat [...]

Cerpen : Mendung Tak Beerti Hujan

$
0
0
Oleh : Rehan Makhtar TANAH perkuburan ini sepi. Heningnya pagi menambahkan remuk dihati. Kicauan burung-burung yang memuji keagungan Ilahi bagaikan mengalu-alukan kehadiran kami. Hadir menziarah pusara ayah dan bonda yang boleh jadi untuk yang terakhir kali. Biarpun pemergian mak sudah berbulan lamanya dan ayah juga sudah bertahun tiada di dunia, terasa sukar benar hendakku terima [...]

Novel : Suami Tak Kuhadap 3

$
0
0
Oleh : Rehan Makhtar BAB 3 BIBIRKU hanya tersungging dengan senyuman kala melihat beberapa temanku merokok di belakang bangunan sekolah yang di dalam pembinaan. Bila disuakan, aku menggeleng dan membelek buku di tangan. Bibir ini biarlah merah tak tercela. Aku tidak sudi membiarkan benda itu menyentuh bibirku. Aku masih waras. Pesanan ibu akan hal ini [...]

Novel : Suami Tak Kuhadap 4

$
0
0
Oleh : Rehan Makhtar BAB 4 KISAH baru bermula lagi namun sayang bila aku tak mampu keluar dan menjauh dari kisah silam. Membawa hidupku meniti titian usang yang kian rapuh dek dendam dan kebencian. Kala ini, tahulah kau, hati ini sebenarnya tidak pernah rela mencintai namun kala Faez berkata tidak pada hubungan kami, bohong andai [...]

Novel : Suami Tak Kuhadap 5

$
0
0
Oleh : Rehan Makhtar BAB 5 AKU menggelepur ganas. Tangannya aku tampar berkali-kali. Cuba meleraikan pelukan lengan sasanya di pinggangku. “Lepaskan aku, bodoh! Kau nak apa ni sampai sanggup tunggu aku balik kerja ni? Mana kau tahu aku kerja kat sini, setan?” marahku bertubi-tubi. Dia diam namun aku rasa sebelah tangannya lagi menyelak rambutku membawa [...]

Novel : Suami Tak Kuhadap 6

$
0
0
Oleh : Rehan Makhtar BAB 6 KERJA di pejabat tidaklah banyak mana pun. Surat yang Puan Sarimah minta, telah aku siapkan tanpa bertangguh. Berkeping-keping namun aku lakukan sebagai amanah buatku. Lega seketika bila Puan Sarimah tersenyum menerima hasil kerjaku menyediakan kertas kerja yang mahu dihantar seketika nanti. Namun, panggilan daripada ayah tadi membuatkan aku berfikir [...]

Novel : Tiba-tiba, Dia Ada 1

$
0
0
Oleh : Rehan Makhtar BAB 1 SIAPA cakap hidup ni mudah? Tak mudah kerana dugaan itu akan hadir pada setiap orang dengan cara, waktu dan juga tempat berlainan. Menduga keimanan dan kematangan insan menyelesaikannya. Macam aku, hidup tenang lagi cool je selama ni tapi rasa tergugat tiba-tiba. Khabar yang aku terima tu, terus buat aku [...]

Novel : Tiba-tiba, Dia Ada 2

$
0
0
Oleh : Rehan Makhtar BAB 2 KREKK… Itu bunyi pintu bilik lagi sekali. Serentak dengan suara orang bertanya soalan yang sama dengan mama tanya tadi. “Arya demam ke?” Aku tersentak. Hilang suara Aryan petang tadi diganti suara papa. Mama tak kunci pintu. Balik rumah tubuh dah mula suam-suam tapi semua orang diam. Tak berkata apa. [...]

Novel : Cinta Yang Kucari 1

$
0
0
Oleh : Rehan Makhtarl PROLOG DIA tahu renungan mummy hangat membara. Dia juga tahu dia memang akan dimarahi. Memang! “Don’t look at me like I’m a snickers bar, mummy.” Payed buat muka tak puas hati di depan mummynya. “You scare me…” “Tahu pun takut!” bentak Puan Huda, marah. Berketup-ketap giginya dikacip kemas. “Kalau kata Payed [...]

Cerpen : Jejak Ke Syurga

$
0
0
Oleh: Rehan Makhtar Cerpen : JEJAK KE SYURGA “Bagaimana nak kumelangkah? Merangkak pun payah…” Cp.1 MATA redupnya merenung tajam pada satu tempat yang agak tersorok. Bibirnya mengukir senyum tipis, lalu dia bangkit dan berdiri tegak. “Di, aku gi sana kejap…” Bahu Fendi ditepuk perlahan tanpa berkalih seinci pun. Fendi sekadar mengangguk dan Kax terus menapak [...]

Terlerai Kasih

$
0
0
ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang [...]

Bila Nak Saksi

$
0
0
YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya. Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi. “Jatuh awak boleh diangkat. Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” – Usop “Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, [...]

Suami Tak Kuhadap

$
0
0
JIWANYA mati. Hatinya ranap. Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya. Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih daripada perhatian dan tanggungjawab seorang ayah. Pemergian ibu tercinta membuatkan air matanya kering dan tidak menitis lagi. Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Cik Jalina dan juga Syed [...]

Tiba-tiba, Dia Ada

$
0
0
Perjalanan hidup tak seperti yang direncana. Ada masa perkara tak diduga mencelah. Ohmai… Pening. Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan. Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya. Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi. “Bukan apa. Kot-kotlah Arya rasa kita ni [...]

Dia… Cinta Yang Kucari

$
0
0
Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH. Pada LUTH, PAYED ialah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenar-benarnya. “Aku tak rasa aku cinta dia. Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kut. [...]

Seseorang Untuk Aku

$
0
0
Klik link di bawah untuk bacaan awal Novel : Seseorang Untuk Aku Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, […]

Novel : Seseorang Untuk Aku 1

$
0
0
Oleh : Rehan Makhtar Prolog I Pernah hati ini tergores, Dengan fitnah dan tohmahan menghiris, Sehingga terasa diri ini hina, Kerana tiada siapa yang sudi membela, Kutabahkan hatiku harungi hidup, Biarpun tiada siapa yang menemani, Keseorangan aku di laluan sepi, Ditinggalkan mereka yang kupercayai, Ya Allah, tidak kuterdaya lagi, Menahan dugaan yang mencabar ini, Terasa […]

Novel : Seseorang Untuk Aku 2

$
0
0
Oleh : Rehan Makhtar WAJAH mama dan abah dipandang. Seperti biasa, makan malam yang sepi tetapi masakan mama tetap sedap. Ataupun mama beli? “Lauk ni semua mama beli ke masak?” Pandangan kepada mama berbaur usikan. Dia sengih sambil mendekatkan sudu pada bibir. Saja usik mama setelah seminggu tidak bersua. “Kamu ni…” Mama jegilkan mata. Tahu […]

Novel : Seseorang Untuk Aku 3

$
0
0
Oleh : Rehan Makhtar MASA makin suntuk tetapi masih banyak yang belum selesai. Liza resah sendiri. Semakin hampir hari perkahwinannya, dia terasa semakin jauh dari Zarul. Tidak tahulah apa salah dia? Atau masalah itu datang daripada Zarul sendiri? Liza merenung kakaknya yang sedang membersihkan rumah. Ditolak kerusi rotan usang yang masih utuh itu ke tepi […]
Viewing all 51 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>